Minggu, 11 Desember 2011

demam campak

Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus 
measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan 
disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan 
cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.  
Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini 
sejak adanya program campak kebangsaan.


Gejala


Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala
demam campak seperti: 
• Demam tinggi  
• Batuk, selsema dan sakit tekak  
• Mata berair dan sensitif kepada cahaya  
• Sakit otot

Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala
kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari.
Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi.
Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam
sehingga 4 hari selepasnya.


Apakah setiap demam yang disertai ruam merupakan 
demam campak?

Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan
oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan
selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.

Kesan demam campak pada kanak-kanak

Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna.
Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang
menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.
Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
• Jangkitan pada telinga
• Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
• Jangkitan pada otak (encephalitis)
• Cirit birit
Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.
Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Perawatan

Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
• Panadol untuk mengurangkan demam
• Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
• Berehat dan minum air yang cukup.
Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.
Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari
selepas ruam timbul).


Pencegahan

Demam campak dapat dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR
(Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun.
MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak
mereka mendapat immunisasi.
Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau
petugas kesihatan.





Tidak ada komentar:

Posting Komentar